Little Girls.
Pemimpin Blog

Assalamualikum! Hi I'm Mardiana Sakkarang. Alaa baru 20 tahun.




Social Network

twitter: @dieyanaaaa
instagram: dieyanaaaa_

Pernah tak?

Assalamualaikum.

Pernah tak sesaat atau seminit sahaja korang ambil masa untuk rewind balik perkara lepas yang pernah korang buat dalam hidup korang? Pernah tak?

Dalam hidup korang yang tak ada jaminan sampai bila korang boleh hidup dekat dunia ini. Mana tahu esok lusa ajal kita dah sampai tanpa sempat kita berbuat kebaikan. Tanpa sempat kita buat amal ibadah. Mati ni kita tak boleh nak rancang bila. Tak sama dengan kahwin yang ada perancangan. Ingat pasal mati kita ada dua pilihan sama ada nak mati dengan cara baik atau tidak. Sama juga dengan kahwin sama ada kita nak jodoh yang baik atau tidak. Semua itu terpulang dengan diri kita sendiri. Hidup anda, anda yang patut tentukannya sendiri bukan orang lain. Kita cuma merancang tapi yang menentukan semuanya adalah Allah. Sebaik mana pun sehebat mana pun perancangan kita di masa hadapan jika Allah dah tetapkan yang sebaliknya takkan ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya.

Apa yang aku nak cuba katakan dekat sini, sampai bila? Sampai bila hidup cuma nak berseronok? Sampai bila hidup cuma ingat dunia? Bila hidup nak ingat akhirat. Ingat dunia ini hanya sementara sahaja. Akhirat jua lah yang kekal buat selama-lamanya. Aku cakap macam ni bukan nak tunjukkan yang aku ni dah cukup ilmu agama dah cukup hebat dah cukup baik. Tak. Aku cuma nak bagitau apa yang aku rasa. Perasaan aku sekarang.

Umur aku sekarang dah 20 tahun. Insha Allah tahun depan dah 21 tahun. Itu bukan usia remaja lagi. Bukan usia untuk aku nak ingat dunia semata-mata. Selama ni aku banyak sangat buat silap. Terlalu banyak. Aku malu nak ingat balik. Aku tak sanggup nak pandang belakang tengok dosa dan silap aku. Terlalu malu. Sampai satu masa aku berfikir sampai bila aku nak hidup macam ni. Aku tak tahu sampai bila aku boleh hidup. Bila-bila masa saja Allah boleh tarik nyawa aku. Macam yang aku coret di awal-awal tadi, nak mati cara baik buat baik. Nak mati cara jahat, buat cara jahat. 

Aku bersyukur dengan apa yang dah jadi sebelum ni. Kalau benda tuh tak jadi, mungkin aku takkan berubah macam ni. Bukan berubah jadi jahat. Tak. Berubah menjadi seorang yang lebih baik. Step by step aku nak berubah. Betul lah orang kata, setiap apa yang berlaku tuh mesti ada hikmah disebaliknya. Ambil hikmah tuh. Jangan sia-sia kan. Kalau Allah sudi bagi kau peluang untuk berubah, kenapa kau sendiri tak sudi ambil peluang tuh. Setiap orang ada masa silam. Begitu juga aku. Kita ni manusia takkan pernah lari dari buat silap. Stop regret and stop judge. Apa yang penting sekarang adalah masa hadapan kau yang masih kabur. Bukan masa silam kau. 

Sekian.